Ramadhan

Assalamualaikum,



    Ehem ehem, okay saja nak update. Aku taktau nak update apa. Tapi di kesempatan ni, dengan ramadhan yang tinggal berapa hari ja lagi, kiranya masih sempat kalau aku nak ucapkan RAMADHAN KAREEM. Kita patut bersyukur sangat ni sebab Allah masih beri kesempatan kat kita untuk merasai lagi nikmat dan halawah ramadhan kali ni. Bukanlah aku nak kata aku ni buat amal banyak sangat sebagai tanda bersyukur sebab tu duk tulih blog bajet jenis solehah-type. Oh no no. Cuba husnudzon sikit ah. Haha. Ni untuk aku la jugak. Actually, aku rasa aku banyak waste time jugak. Tapi insyallah insyallah cuba betul betul nak manfaat ramadhan yang lagi beberapa hari ni. Mana kita tau ramadhan ni yang terkahir. Tapi mintak dipanjangkan umur, jika ditakdirkan tak ketemu lagi ramadhan next year aku harap Allah ambik kita dalam keadaan kita soleh/solehah dan dalam iman dan juga sebagai seorang islam.

    Suka aku nak ingatkan kat sini bahawa orang yang keluar daripada bulan ramadhan tanpa mendapat pengampunan Allah , maka CELAKALAH. Jadi aku harap lagi sekali, aku tak tergolong dalam golongan yang tak mendapat keaampunan Allah dan moga tak digolong dalam golongan yang celaka ni. Ameen. Kalau kita selami, dalam bulan ramadhan ni banyak Allah datangkan ujian kepada kita. Kepada umat islam di Palestin, Gaza. Kepada MH17. Kepada aku sendiri pun. Kan ka Allah uji sebab sayang :) chill , walaupun perit. Tapi ingatlah, bulan ramadhan ni pahala berlipat kali ganda. Apatah lagi bila diuji, kalau kita sabar dan redha, mesti Allah naikkan darjat kita di sisiNya. For my beloved kaklong, Semoga sentiasa kuat dengan ujian yang Allah beri. Allah turunkan hujan untuk kurniakan kita pelangiNya yang indah. Semua pasti indah pada waktunya , untunglah orang beriman yang bersabar, Allah akan beri berita gembira for them, dalam al Quran pun Allah ada berfirman:

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang sabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. (Qs. Az Zumar: 10)
 
“dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar”. (Qs Al Baqarah: 155)

     
    Allah pasti beri, tidak di dunia di akhirat pasti. Be strong akak! lebiu muah muah.


    Ah ya, TRIAL SPM aku beberapa hari sahaja lagi. Aku masih liat nak setadi. Mohon doa kalian. Tapi tak jadi jugak doa tapi tak usaha ye dok? hehe. Subhanallah Hannan rajin sikit pls ? Moga Allah mudahkan urusan semua! terutamanya batch '97 Bittaufiq wannajah. Allahumma assir wala tu assir ya kareem ya rahman ya rahim. amin amin amin. Moga Allah redha kalian! wasalam.



No comments:

Post a Comment

 
Template Designed by | Noratisa Nasir | © All Rights Reserved.