Freinds until jannah , insyallah ; RU20



Assalamualaikum wbt ,

   10 mac haritu kiteorg yakni sahibah tingkatan 4 Ma'had Attarbiyyah Al-Islamiyyah (MATRI) gi lawatan. Hakhak. Nak jugak mentioned nama sekolah terchenta xD Well well sukahati la :P .Gi melawat Sekolah Menengah Agama Irsyadiah. Tuu muka masing masing kemain eksaitedd tahap gaban nak gi. Yelah bukan senang nak kuo asrama ni. Aku yang merangkap setiausaha form ni pun kena buat surat dengan bantuan kerabat yang lain. Dah la proses tu lama nak meninggal, ada la dekat dua minggu. Dua minggu untuk sehari keluar. Ya, hanya sehari -_- 

   Apaper pun rasa berbaloi sangat, sebab tengok derang ni kemain seronok :) Alhamdulillah. Otw gi tu kiteorg borak borak dalam bas, siap bagi nama bas lagi iaitu BAS COMEL DAN BAS MAIL LAMBUNG. Hakuu pun taktau menahu tentang siapa yang mereka-reka nama ni. Pada mulanya aku pelik jugak sebab macam "apehal pelik benor nama bas" tp lepas diterangkan. Mereka yang memandai jiwa letak nama untuk bas -.- padehal bas sekolah biasa ja. Oh aku masuk dalam Bas Comel. Hakhak. Bas mail lambung pun apa kurang kecomelannya xD Then berhenti kat gurun ..

 Eksaitednya Ya Allah bebudak bas Mail Lambung xD


Apehal sensored ? Eh sukahati la . Muka aku. Haha. Time kat gurun.

Otw nak nanyi ler ni. Haha kemain semak bas.

    Sebelum sampai sekolah untuk dilawat tu , kiteorg nyanyi dalam bas. Pelbagai lagu ada. Dah memasing bosan. Haha. sampai la ke sekolah yang dinamakan di atas. Rasa mcam raja pulak sebab sampai-sampai je terus disambut dengan gadis gadis berpakaian pink. Sumaa kiteorg cam malu malu. Tp salam la jugak, diorg punya fom 5 kecik sangat -.- kiteorg ni orang ingat fom 5 belaka, sebab besau besau. Padehal baru fom 4. 

Disambut dengan senyuman. Kahkah :D
   
Pehtuuu ade la ceramah sikit , kasi cenderahati suma suma. Then makan and melawat sekolah derang. Best. Baik baik belaka. Suara diorg pun sedap time nasyid. Terpegun actually. Mungkin cuaca haritu panas kot. Jadi semua pakat duk komen makeup hilang bagai. Lol. Oh and one more thing , kiteorg melawat rumah orang tua tua. Comel betul makcik tok tok kat situ :) 

    

   
Tadaaa :) 

   Sadakallahulazim. Lepas habis semua , kiteorg gi Pusat Sains kat kedah pulak. Alaa yang belakang muzium padi tu. Haaa yang tulah -.- Semua penat sebenarnya , tp bila masuk dalam pusat sains memasing ada tenaga luar biasa dengan berlari lari ke sana ke sini cuba cuba main apa yang ada dalam pusat sains tu. Ok sungguh mcm kanak kanak ribena. Tp best, mcm takde dosa je suma. Haha

Serbuan.

Amboi makcik zakiah ni. Sampai begitu sekali kakinya. Haha

Nisyu dan Aku cuba menjadi halimunan. Ok jadi lah tu. Hakhak

 Hanisah dan aku main permainan budak berapa tahun pun taktau. Rasa muda belia sangat dikala ini.

   Ok aku rasa kalau nak upload semua gambar, mungkin post ini akan menjadi begitu lebar -.- jadi ini sahajalah. Rasa seronok sangat bila ukhwah makin rapat. Banyak pengajaran sebenarnya dalam journey ni :) Semua seronok. Rasa erat jalinan ukhwah fillah. Sampai je depan pintu pagar Matri semua pakat duk jerit

"Oh tidak, nak sampai Matri dah :( takmau balik"

Bila dah dekat sangat dengan gate Matri ..

"10,9,8,7,6,5,4,3,2,1 DAH SAMPAIIII!!!!. ARGHHH. TAKMO TURUNNN :("

Okay. Nanti kalau Allah izin kita pi lagi. Haha dan aku rasa post ni panjang sangat. Macam tak biasa pulak post panjang panjang macam keretapi tanah melayu. Pui


5 comments:

  1. Eh eh! Gambar ketiga dari bawah Syuhada kan?

    ReplyDelete
  2. Eh yes yes . Kawan sekolah rendah kah ? Jiran kami tu dalam kelas . Haha

    ReplyDelete
  3. Eh yes yes . Kawan sekolah rendah kah ? Jiran kami tu dalam kelas . Haha

    ReplyDelete
  4. uih hannan ! smpai aty xdk gmbaq aku ! huuu...

    ReplyDelete

 
Template Designed by | Noratisa Nasir | © All Rights Reserved.