Time goes on.

Assalamualaikum kalian,


  Well well well and well well, haha. Gilos lama aih tak hupdate blog. Maklumlah, busy teramat. Ada ja masa, tapi taktau la sebab apa aku tak update. Takdak jiwa da kot nah? mungkin diri ni dah besaq dan boleh memikirkan tentang banyak lagi perkara yang afdhal untuk dilakukan. Aku macam tak caya ja next year dah naik form 5. Tak kaaaaa awai sangat. Perangai pun tau saja la, kekadang serupa kekanak ribena jugak. Hok tu mmg tokleh nak elak la. Kita kan jenih HAPPY GO LUCKY gituwwww. Hahahaha. 

  Aku main tulih ja apa aku rasa nak ni, tadak la specific cerita pun, tapi aku nak ucap tahniah la untuk cousin aku NAJIHAH AIMAN CHE MUSA sbb dapat 7A PMR :) aku teringat lagi dulu time malam sebelum nak amik result. Bangun pukul 4 pagi cik oiii, sejuk kediii duk mandi pukul 4, punya tak tenteram tidoq. Mimpi pun duk kelih slip periksa. Tak ka terseksa. Dah la duk mimpi tu duk dapat 8A saja. haha. Mai tang real ada la dua ketui A dia. Besaaala noh. Rezeki masing masing. Tp aku takdakla regret sangat, sbb aku tau Allah tahu apa yang aku usahakan. Insyallah kalau bukan di dunia, di akhirat ada kann?

  Tapi sapa la yang tak teringin nak Straight A's cik oi. Hg tanya budak mana pun mesti depa mau punya. Tapi yalah, siapalah kita ni nak banding dengan Allah yang lebih tahu segala baik buruk untuk kita. So terima dengan redha ja lah. Tp dekat seminggu jugak ayaq mata duk keluaq. Aku dah pesan da kat diri aku yang mana aku akan redha apa ja yg Allah bagi sbb aku tau aku dah sehabis kudrat dah usaha. Tp bila duk pegang result tu, alahai. Ayaqmataaaa ni gatai nak keluaq sampai seminggu duk mengalir, oceh. Tapi bila pikiaq balik, aku rasa ada la tu Allah sediakan sesuatu untuk aku. 

  Apa apa pun, next year lagi besaq la paper. SPM. Getaq la jugak. mau ka dak, duk cuti hujung tahun ni tusyen saja pagi petang.. malam ?.. malam aku tidoq la. penat cik tusyen saja. Tp kan ka Allah kata kena usaha :) sooooooo mari berTusyen demi SPM. Niat bukan la untuk SPM saja. Untuk dapat ilmu Allah jugak. Insyalllah, moga ALLAH mudahkan urusan aku dunia akhirat. Berikan yang terbaik untuk hidup hannan yang ini dunia akhirat. Biiznillah. Bittaufiq wannajah! Fighto oh! Eh? ahaha.

"Janganlah kamu endah apa yang Manusia katakan, kerana tuhanmu lebih tahu apa yang kamu lakukan, yang lebih tahu baik buruk sesuatu perkara, yang Sayang dan Cinta akan hambaNya. Yang tahu apa usaha dan apa yang kamu tidak usahakan. Selagi Kamu berbuat sesuatu kerana Allah, Allah akan mengambil kira setiap satu usaha kamu walaupun sekecil zarah. Yakinlah kepada Allah. Maka Allah akan sentiasa tenangkan jiwa, memberikan apa yang terbaik untuk diri kamu. Allah itu sentiasa ada, dekat dengan hambaNya, lebih dekat dari urat nadi hambaNya sendiri" 

Ok tu cuma kata kata. bukan hadith ataupun apa na kalian. Aku tulis berdasarkan apa yang umi selalu nasihatkan aku. Moga bermanfaat. Goodluck batch 97 for SPM 2014. Moga Allah mudahkan segala yang payah, Redhakan setiap dari kita. Insyallah :) wasalam.

1 comment:

 
Template Designed by | Noratisa Nasir | © All Rights Reserved.